Wednesday, December 3, 2008

Cara menyemarakkan lg api cinta..

ha... dahsyat x aku nye tajuk.. hehehe skang ni aku nak bagi la sket tips2 bg korg2 yg ngah bercinta tuh... untuk menghangatkan lagi cinta korg tuh... pe kate blk nih korg cuba2 lah ye..

hehehehe.. seronok tau.. aku dpt ni sume pun kat website tentang cinta.. hhehee besh tau..

mcm2 ade kat ctu... hehehe so skang nih layan......



1. Tulis dan tampal
Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.


2. Iklan di surat khabar

Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.
Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.


3. Bukukan cinta
Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.


4. Pesanan cinta
Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.


5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.


6. Biarlah jari berbicara
Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.


7. Menyusun puzzle
Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.


8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.

Monday, December 1, 2008

Doa Untuk yang sedang Bercinta

Kepada korg yg sedang hangat bercinta ke,baru nak berkasih ke.. atau pun dah bertunang Boleh la amal kan doa2 nih... mudah-mudahan jodoh kite sume berpanjangan dengan org yg kite kasihi.. amin......
Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Rahsia Tahi Lalat... Part 1...

Hye kengkawan sume ari ni aku nak kongsi sket pasal rahsia tahi lalat yg ade kite.. xkira la tahi lalat tuh kat tangan ke.. kat telinga ke.. kat kaki ke... hehhehehe so cuba lihat artikel di bawah ni... hehhehe n cari u all nye maksud disebalik tahi lalat tuh.. hehe okeh layanz.......

TANDA MAKSUD

  1. Bibir Atas Kanan - Banyak Rezaki, pandai
  2. Bibir Atas Kiri - Ramai kawan, Baik Hati
  3. Bibir Bawah Kanan - Disegani orang, ramai yg suka
  4. Bibir Bawah Kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
  5. Leher Kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
  6. Leher Kiri -Cerdas dalam segala hal dan byk pengetahuan
  7. Leher Di Tengah - Tercapai cita-cita
  8. Biji Mata Kanan -suka serong dan pembohong
  9. Biji Mata Kiri -Pembohong tapi baik hati
  10. Hujung Mata Kanan - Baik hati, Sopan santun, cerdas
  11. Hujung mata Kiri -baik budi, murah rezeki
  12. Punggung Kanan - agak mengalami kesulitan
  13. Punggung Kiri - malas dan suka duduk
  14. Betis Kanan - suka berhibur, boros
  15. Betis Kiri - rajin, tidak suka menganggur
  16. Lutut Kanan - bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
  17. Lutut Kiri - Kurang kuat berusaha
  18. Kepala sebelah Kanan -termakbul cita-cita
  19. Kepala Sebelah Kiri - sering menemui kesusahan
  20. Kepala Sebelah Belakang - Jujur, Sabar dan Tekun
  21. Kening Kanan -cerdas dan cekap
  22. Kening Kiri - cerdas dan sopan santun
  23. Tengah Kening - keras hti berani dlm segala hal
  24. Hujung Mulut Kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
  25. Hujung Mulut Kiri - suka perpoya-poya
  26. Ketiak Kanan - dapat menyimpan rahsia
  27. Ketiak Kiri - jujur, banyak yang cinta
  28. Pergelangan Kaki Kanan - suka keluar rumah
  29. Pergelangan Kaki Kiri -kehendak kuat
  30. Batang Hidung - byk dicintai org dan mendapat menjadi kaya
  31. Pada hidung - banyak Rezaki
  32. dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
  33. dagu bawah kiri - Bijaksana dan berbudi luhur
  34. kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
  35. di Kepala kemalaun (Lelaki) - Bakal beristeri dua

So kengkawan... Cuba Lihat Tahi Lalat korg skang.. mane ler tau ade2 yg terkena... heheheeheee

ape2 pon nanti kan tahi lalat part 2... aduh letih nye nak menaip satu2 :P

Thursday, November 20, 2008

Berwajah baru..

sukenye aku tgk blog baru aku nih
hehe thanks yer frenz....
aku ni bab2 nak edit2 ke
nak cantik2 kan page...
aduh.. mmg lemah sket...
ape2 pun thans ye joyah..
leh belanja ko mkn
ais cream mcd.. hehehehhe

Tuesday, November 18, 2008

Kembali lagi..

Assalammualaikum sume...
hye sume... aku kembali lg.. hehehe..
aku dah lame x guna blogger nih...
dulu ade tp aku dah lupe la id nye..
so aku pun buat la yg baru...
aku mula blk ni pun sbb
member aku si joyah tuh..
asyik2 tanye mane ko nye blog..
hehhehe skang ni joyah.. aku
dah ade blog sendiri..
nanti kan cite-cite yg menarik
dari aku wokeh..... hehehe layan..... :)